Sunday, July 18, 2010

1. Konsep Kekeluargaan & Kemasyarakatan

Objektif :-

1. Menyenaraikan beberapa persiapan yg perlu dilakukan sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan
2. Menjelaskan tanggungjawab suami, isteri, ibubapa dan anak.
3.Menjelaskan adab umat Islam dlm perhubungan & pergaulan.
4.Membezakan konsep keluarga nukleus dan keluarga luas.
5.Memperincikan peranan institusi keluarga & peranan pemimpin dlm membentuk masyarakat penyayang.
6.Membezakan umat Islam sebagai ummah pertengahan dengan ummah terbaik.

Keibubapaan

* Tanggungjawab ibubapa terhadap anak :


1. Memberi nama yang baik
2. Mengakikahkan anak
3. Mengajar al-Quran pada anak
4. Memberi pendidikan yg sempurna
5. Memberi nafkah kepada anak
6. Memberi kasih sayang kepada anak
7. Berlaku adil terhadap anak-anak
8. Menguruskan perkahwinan anak-anak

* Tanggungjawab anak terhadap ibubapa :


1. Mentaati ibubapa.
2. Tidak meninggikan suara terhadap ibubapa
3. Berdoa untuk kedua ibubapa.

Perkahwinan

- Bukan sekadar utk mencapai kepuasan nafsu manusia bahkan untuk ketenangan jiwa dan hati.

- Ia merupakan satu ibadah.

- Tujuan perkahwinan :

i. Mencari keredhaan Allah

ii. Memelihara kesucian diri dan keturunan

iii. Mengikut sunnah rasulullah

iv. Mendapatkan zuriat

v. Berdakwah

Persiapan Perkahwinan

1. Pemilihan Jodoh
- Pasangan yg ingin berkahwin perlu kenal bakal suami dan isteri serta keluarganya sekali.
- Kenal yg dimaksudkan adalah kenal peribadi, keturunan, akhlak, agama dan kekayaan.
- Pilih pasangan yg beragama adalah lebih diutamakan.
- Rasulullah bersabda mafhumnya “ Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan yg ada dlm dunia ini ialah perempuan solehah” (al-'Akk 1998:143)

2. Pertunangan
- Ikatan awal antara lelaki dan perempuan sblm melangsungkanperkahwinan.
- Ikatan ini bukan bermakna boleh bergaul bebas.
- Peminangan boleh juga dilakukan oleh perempuan ke atas lelaki.
- Tak boleh (haram) meminang
i. org yg dah dipinang.
ii. wanita dlm eddah raj'iyyah.
iii. Muhrim

3. Perkahwinan

- Makna nikah : Perjanjian antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin dengan syarat-syarat tertentu.- Dlm Islam ditandai dgn akad (ijab & qabul)
- Ijab : kata2 yg disebut oleh wali @ wakil pihak perempuan.
- Qabul : Jawapan terima drp pihak lelaki.
- Maskahwin : pemberian pihak lelaki dgn penuh kerelaan hati. Boleh berupa wang, pakaian, perkakas rumah dan lain2, yang penting tidak membebankan pihak lelaki.

-Rukun nikah:

a. Bakal suami

b. Bakal isteri

c. Wali

d. Saksi

e. Ijab dan Qabul

Hukum perkahwinan:-

i. Harus : kepada semua org. tp boleh berubah kpd
ii. Wajib : Org yg berkemampuan dan dikhuatiri terjerumus ke kancah zina. Wajib puasa kalau tidak mampu kahwin utk menahan kehendak nafsu.
iv. Haram : org yg tak mampu dan mempunyai niat jahat. Org yg spt kalau kahwin akan menyakiti isteri atau tak mampu beri nafkah dan akhlak yg buruk.

v.Sunat : org yg cukup syarat dan berkemampuan. Kalau tak kahwin tak akan berzina.
vi. Makruh : org yg sepatutnya tak berkahwin. Tp kalau berkahwin tak berdosa. Cth : org yg tiada kemahuan utk kahwin.

Hak & Tanggungjawab

1. Tanggungjawab suami terhadap isteri
- Memberi nafkah zahir & batin.
- Nafkah zahir : menyediakan makanan, pakaian & tempat tinggal
- Nafkah batin : keinginan nafsu isteri.
- Memimpin & mendidik Isteri.
- Mendidik isteri dgn ilmu agama
- Memberi layanan baik kpd isteri

2. Tanggungjawab Isteri terhadap suami
- Mentaati & mematuhi suami
- Memberi layanan baik kpd suami
- Hadis nabi maksud “ apabila seorang suami memanggil ke tempat tidur, beliau hendaklah segera memenuhi panggilan tersebut. Sekiranya beliau enggan dan suami marah, isteri itu akan dilaknat oleh malaikat sehingga pagi.”
- Menjaga kehormatan diri dan harta suami. Seandainya suami keluar dr rumah.

3. Tanggungjawab bersama
- Berbincang dlm segala hal.
- Saling menasihati
- Saling bermaafan
- Mempererat hubungan keluarga suami & isteri
- Solat berjemaah

Pewarisan

- Sistem pemindahan hak milik org yg meninggal dunia kpd warisnya yg hidup.
- Waris terdiri drp 3 kategori:-
1.Waris yg mempunyai hubungan nasab
Cth : ibubapa, adik beradik, anak,
2. Waris mempunyai hubungan perkahwinan.
Cth : isteri atau suami
3. Waris yg mempunyai hubungan al-wala' ( kekerabatan )
Cth : Ahmad telah memerdekakan hamba Ali. Ali meninggal dunia tiada waris. Ahmad mewarisi peniggalan Ali.

* Rukun Pewarisan
i. Pewaris : pemilik harta yg telah meninggal dunia
ii. Waris : golongan yg berhak menerima harta peninggalan pewaris
iii. Harta waris: segala jenis benda yg dimiliki dan telah ditinggalkan oleh pewaris.

*Syarat pewarisan
i. Pewaris telah meninggal dunia.
ii. Ahli waris masih hidup
iii. Kedudukan ahli waris adalah jelas.


Adab Dalam Perhubungan dan Pergaulan

1. Amanah
2. Berbudi mulia
3. Berbuat baik
4. Memberi nasihat
5. Pemaaf

Keluarga Nuklear & Keluarga Luas

- Keluarga Nuklear :keluarga yg terdiri drpd suami, isteri dan anak-anak.

- Keluarga Luas ; terdiri drpd ibubapa, anak, datuk, nenek, menantu, ibu saudara, bapa saudara, cucu dan saudara mara lain.

* Adab antara ahli keluarga dalam Islam :

1. Bilik tidur anak perempuan dan lelaki mesti diasingkan.

2. Anak2 yang nak memasuki bilik ibubapa mesti memberi salam dan mengetuk pintu.

3. Berpakaian sopan bila bersama ahli keluarga di ruang tamu atau di mana saja di dalam rumah.

Masyarakat Penyayang

* Peranan institusi keluarga
- anak2 bagai kain putih yg dicorakkan oleh ibubapa.
- membentuk sahsiah anak2.
- memberi teladan yg baik utk anak2.

* Peranan pemimpin
- Mempersaudarakan masyarakat supaya bersatu.
- Mementingkan masyarakat drpd mementingkan diri sendiri.

Ummah Pertengahan & Ummah Terbaik

* Ummah Pertengahan ( Ummatan Wasata )
- Umat yg adil & memiliki aspek kesederhanaan.
- Bersederhana dlm kehidupan sama ada dunia atau akhirat.
- Ummah Terbaik

- mempunyai kelebihan berbanding umat lain.
- umat yg menyuruh umat manusia melakukan perkara kebaikan.
- umat yg melarang manusia lain melakukan kejahatan/kemungkaran.
- umat Islam adalah umat yg mentauhidkan ALLAH.


SOALAN LATIHAN:

1. Berikan maksud kelua rga.

2. Jelaskan 2 kepentingan berkeluarga.

3. Senaraikan semua rukun nikah.

4. Jelaskan sifat-sifat umat terbaik (khaira ummah)


Rujukan:

1. Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam. Serdang: UPM

2. Mustafa Hj. Daud (1995). Perkahwinan Menurut Islam.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

3. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur: Titiwangsa Sdn Bhd.

4. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2002). Kuala Lumpur: Penerbit UM


"SELAMAT MENJAWAB"




No comments:

Post a Comment