Monday, August 9, 2010

Minggu 6

Assalamualaikum w.b.h...

Hari Selasa (10 Ogos 2010) kena pergi MRSM Pasir Salak untuk isi data peribadi, isytihar harta dll lagi dalam HRMIS, agak susah, lambatnya server, ramai ....nak isi...hang.....sekaligus nak isi dan send...kelas SKBN 1A kena tunda nampaknya..buat latihan pengukuhan ya, pelajar-pelajar..

Latihan pengukuhan tajuk 1: Islam, Iman dan Ihsan

1. Jelaskan pengertian Islam menurut bahasa dan istilah.

2. Senaraikan semua rukun Islam dan rukun Iman.

Wednesday, August 4, 2010

Minggu 5

Assalamualaikum w.b.h

Minggu ini agak sibuk dengan aktiviti luar. Hari Isnin kelas ditangguhkan kerana saya menghadiri Program Multaqa anjuran Perkim dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ramai guru agama yang hadir dan antara intipati yang dapat difahami daripada pertemuan tersebut ialah:

a. Umat Islam perlu bersatu menggembeling tenaga untuk sebarkan ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Hindari perkara yang remeh temeh sebaliknya tumpukan kepada masalah besar yang melanda umat Islam kini terutama kepada golongan remaja.
b. Masalah gejala sosial seperti pergaulan bebas, zina, melepak, tidak hormat ibu bapa dan guru serta lain-lain lagi adalah akibat rencana pihak Barat yang tidak pernah leka memikirkan untuk melemahkan seterusnya menghancurkan umat Islam.
c. Umat Islam perlu bangkit untuk melawan cabaran yang hebat daripada pihak media-massa Barat melalui tajdid pemikiran era globalisasi kerana pihak Barat berusaha menyerang melalui pengubahan pemikiran umat Islam seperti melalui budaya pemakanan, budaya berpakaian, budaya sosial dan pelbagai lagi.
d. Pihak Barat menerapkan pemikiran bahawa jika ingin maju maka kena tinggalkan agama, lupakan surau atau masjid, sedangkan ia merupakan pusat untuk mendapatkan ilmu dan mencurahkan ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu.
e. Tajdid bermakna memperelokkan/ memperbaiki semula yang sudah sedia ada kerana konsep ini telah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W supaya membuat mengkaji / pembaharuan apabila sudah mencapai 100 tahun.
f. Oleh itu kita perlu mempunyai program yang tersusun di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah untuk melaksanakan tajdid yang telah dirancangkan ini. Mulakan dengan membaca al-Quran dan memahami tafsirannya, pelajari akhlak Rasulullah S.A.W...mulakan dengan ramadhan ini....


Pada hari Rabu pula diadakan taklimat HRMIS oleh Encik Mohd Nawawi Bin Omar (TP HEA) IKM Lumut kepada semua guru Pengajian Am di Dewan Integrasi untuk mengisi maklumat / data peribadi / isytihar harta dan SKT di MRSM Pasir Salak pada minggu hadapan.

Pada petang Rabu saya hadir ke mesyuarat terakhir untuk mengadakan seminar keajaiban wanita anjuran Perkim Daerah Manjung di Wisma Remco.

Pada petang Jumaat, pelawat-pelawat daripada MRSM Gerik akan hadir ke IKM Lumut membuat lawatan 5S....pada masa yang sama juga ada majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena menyambut ramadhan di Wisma Remco yang mana Datuk Syaifu sendiri merupakan Timbalan Pengerusi Perkim daerah Manjung.

Pada malam Jumaat diadakan ceramah / kuliah magrib di Surau al-Makmur untuk pelajar-pelajar aspura dan aspuri IKM Lumut dan selepas isyak diadakan kelas ganti kepada pelajar-pelajar kursus SKED 4A sehingga jam 11.30 malam.

Sabtu pula kelas ganti Cuti Hari Raya dan Ahad berseminar di Hotel Flaminggo, Setiawan..Seramai 504 orang peserta akan hadir ke seminar tersebut yang mana ceramah akan disampaikan oleh Dr. Harlina Halijah Siraj.