Wednesday, December 1, 2010

Harapan Seorang Guru (hayatilah)

UDARA DAN NADI

ANAK DIDIKKU,
USAH LAGI KAU ANGGAP
DIRI INI LILIN
YANG MEMBAKAR DIRI
MENERANGI KEGELAPAN DUNIA ILMUMU....
KERANA LILIN ITU,
NYALANYA SEKETIKA
AKAN TERPADAM JIKA DIHEMBUS BAYU..
AKAN HILANG CAHAYA...
JIKA KEHABISAN SUMBU...

ANAK DIDIKKU
USAH LAGI KAU ANGGAP
DIRI INI JAMBATAN ILMU....
KERANA KU TAKUT NANTI
ANDAI KAU ANGGAP...
DESTINASI HIDUP TELAH KAU TEMUI
KAU ROBOHKAN JAMBATAN ITU...
DAN.........
ANDAI DESTINASI ITU...PINCANG BUATMU...
SIA-SIALAH BIMBINGAN ITU.....

ANAK DIDIKKU
ANGGAPLAH DIRI INI UDARA..
TIUPAN PENGGERAK DUNIA ILMUMU
AGAR JALAN KEJAYAANMU...
WALAU BERLIKU....LANGKAH TETAP DITEMANI..
NAFAS ILMU....

ANAK DIDIKKU...
ANGGAPLAH DIRI INI NADI...
SETIAP DETIK
PERLU BERSAMAMU...
PENENTU HAYAT KECEMERLANGAN LANGKAHMU....
SETIAP SAAT...
ADALAH PELUANG KEJAYAAN
MENCAPAI CITA-CITA YANG MENGGUNUNG......

WAHAI ANAK DIDIKKU....
JIKA KAU ANGGAP AKU SEORANG GURU
PERCAYALAH....
UDARA DAN NADI INI..PERLU KAU HARGAI
SEHINGGA AKHIR HAYATMU.....

Pn. Anar,
Sek.Men.Tanjung Puteri Resort
15 mei 2009

Nukilan ini dihasilkan sempena Sambutan Hari Guru...
Lawatan 5S IKM Lumut

Doa Masuk Periksa

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya, usaha, doa, tawakal.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih".


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'

dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


Semoga jiwa kita akan tenang dan dibukankan pintu hati...amin ya Rabbal A'lamin