Sunday, July 25, 2010

Minggu 4

Assalamualaikum w.b.h

Hari ini ada perjumpaan ajk induk 5S pada jam 10.00 pagi di bilik operasi 5S.

Tuesday, July 20, 2010

Minggu 3

DOA APABILA MULA BELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang

Sedar tak sedar kita sudah berada di minggu yang ke-3 dan pelajar-pelajar telah ditasmi' seorang demi seorang tentang bacaan al-Fatihah mereka. Ada yang baca ikut tajwid, ada yang tidak bertajwid. Semuanya telah diperbaiki, semoga mereka dapat amalkannya.

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Nota : Jika terdapat kesilapan, sila maklumkan kpd zumaidi@pc.jaring.my atau layari http://www.ok2it.com.



Sunday, July 18, 2010

1. Konsep Kekeluargaan & Kemasyarakatan

Objektif :-

1. Menyenaraikan beberapa persiapan yg perlu dilakukan sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan
2. Menjelaskan tanggungjawab suami, isteri, ibubapa dan anak.
3.Menjelaskan adab umat Islam dlm perhubungan & pergaulan.
4.Membezakan konsep keluarga nukleus dan keluarga luas.
5.Memperincikan peranan institusi keluarga & peranan pemimpin dlm membentuk masyarakat penyayang.
6.Membezakan umat Islam sebagai ummah pertengahan dengan ummah terbaik.

Keibubapaan

* Tanggungjawab ibubapa terhadap anak :


1. Memberi nama yang baik
2. Mengakikahkan anak
3. Mengajar al-Quran pada anak
4. Memberi pendidikan yg sempurna
5. Memberi nafkah kepada anak
6. Memberi kasih sayang kepada anak
7. Berlaku adil terhadap anak-anak
8. Menguruskan perkahwinan anak-anak

* Tanggungjawab anak terhadap ibubapa :


1. Mentaati ibubapa.
2. Tidak meninggikan suara terhadap ibubapa
3. Berdoa untuk kedua ibubapa.

Perkahwinan

- Bukan sekadar utk mencapai kepuasan nafsu manusia bahkan untuk ketenangan jiwa dan hati.

- Ia merupakan satu ibadah.

- Tujuan perkahwinan :

i. Mencari keredhaan Allah

ii. Memelihara kesucian diri dan keturunan

iii. Mengikut sunnah rasulullah

iv. Mendapatkan zuriat

v. Berdakwah

Persiapan Perkahwinan

1. Pemilihan Jodoh
- Pasangan yg ingin berkahwin perlu kenal bakal suami dan isteri serta keluarganya sekali.
- Kenal yg dimaksudkan adalah kenal peribadi, keturunan, akhlak, agama dan kekayaan.
- Pilih pasangan yg beragama adalah lebih diutamakan.
- Rasulullah bersabda mafhumnya “ Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan yg ada dlm dunia ini ialah perempuan solehah” (al-'Akk 1998:143)

2. Pertunangan
- Ikatan awal antara lelaki dan perempuan sblm melangsungkanperkahwinan.
- Ikatan ini bukan bermakna boleh bergaul bebas.
- Peminangan boleh juga dilakukan oleh perempuan ke atas lelaki.
- Tak boleh (haram) meminang
i. org yg dah dipinang.
ii. wanita dlm eddah raj'iyyah.
iii. Muhrim

3. Perkahwinan

- Makna nikah : Perjanjian antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin dengan syarat-syarat tertentu.- Dlm Islam ditandai dgn akad (ijab & qabul)
- Ijab : kata2 yg disebut oleh wali @ wakil pihak perempuan.
- Qabul : Jawapan terima drp pihak lelaki.
- Maskahwin : pemberian pihak lelaki dgn penuh kerelaan hati. Boleh berupa wang, pakaian, perkakas rumah dan lain2, yang penting tidak membebankan pihak lelaki.

-Rukun nikah:

a. Bakal suami

b. Bakal isteri

c. Wali

d. Saksi

e. Ijab dan Qabul

Hukum perkahwinan:-

i. Harus : kepada semua org. tp boleh berubah kpd
ii. Wajib : Org yg berkemampuan dan dikhuatiri terjerumus ke kancah zina. Wajib puasa kalau tidak mampu kahwin utk menahan kehendak nafsu.
iv. Haram : org yg tak mampu dan mempunyai niat jahat. Org yg spt kalau kahwin akan menyakiti isteri atau tak mampu beri nafkah dan akhlak yg buruk.

v.Sunat : org yg cukup syarat dan berkemampuan. Kalau tak kahwin tak akan berzina.
vi. Makruh : org yg sepatutnya tak berkahwin. Tp kalau berkahwin tak berdosa. Cth : org yg tiada kemahuan utk kahwin.

Hak & Tanggungjawab

1. Tanggungjawab suami terhadap isteri
- Memberi nafkah zahir & batin.
- Nafkah zahir : menyediakan makanan, pakaian & tempat tinggal
- Nafkah batin : keinginan nafsu isteri.
- Memimpin & mendidik Isteri.
- Mendidik isteri dgn ilmu agama
- Memberi layanan baik kpd isteri

2. Tanggungjawab Isteri terhadap suami
- Mentaati & mematuhi suami
- Memberi layanan baik kpd suami
- Hadis nabi maksud “ apabila seorang suami memanggil ke tempat tidur, beliau hendaklah segera memenuhi panggilan tersebut. Sekiranya beliau enggan dan suami marah, isteri itu akan dilaknat oleh malaikat sehingga pagi.”
- Menjaga kehormatan diri dan harta suami. Seandainya suami keluar dr rumah.

3. Tanggungjawab bersama
- Berbincang dlm segala hal.
- Saling menasihati
- Saling bermaafan
- Mempererat hubungan keluarga suami & isteri
- Solat berjemaah

Pewarisan

- Sistem pemindahan hak milik org yg meninggal dunia kpd warisnya yg hidup.
- Waris terdiri drp 3 kategori:-
1.Waris yg mempunyai hubungan nasab
Cth : ibubapa, adik beradik, anak,
2. Waris mempunyai hubungan perkahwinan.
Cth : isteri atau suami
3. Waris yg mempunyai hubungan al-wala' ( kekerabatan )
Cth : Ahmad telah memerdekakan hamba Ali. Ali meninggal dunia tiada waris. Ahmad mewarisi peniggalan Ali.

* Rukun Pewarisan
i. Pewaris : pemilik harta yg telah meninggal dunia
ii. Waris : golongan yg berhak menerima harta peninggalan pewaris
iii. Harta waris: segala jenis benda yg dimiliki dan telah ditinggalkan oleh pewaris.

*Syarat pewarisan
i. Pewaris telah meninggal dunia.
ii. Ahli waris masih hidup
iii. Kedudukan ahli waris adalah jelas.


Adab Dalam Perhubungan dan Pergaulan

1. Amanah
2. Berbudi mulia
3. Berbuat baik
4. Memberi nasihat
5. Pemaaf

Keluarga Nuklear & Keluarga Luas

- Keluarga Nuklear :keluarga yg terdiri drpd suami, isteri dan anak-anak.

- Keluarga Luas ; terdiri drpd ibubapa, anak, datuk, nenek, menantu, ibu saudara, bapa saudara, cucu dan saudara mara lain.

* Adab antara ahli keluarga dalam Islam :

1. Bilik tidur anak perempuan dan lelaki mesti diasingkan.

2. Anak2 yang nak memasuki bilik ibubapa mesti memberi salam dan mengetuk pintu.

3. Berpakaian sopan bila bersama ahli keluarga di ruang tamu atau di mana saja di dalam rumah.

Masyarakat Penyayang

* Peranan institusi keluarga
- anak2 bagai kain putih yg dicorakkan oleh ibubapa.
- membentuk sahsiah anak2.
- memberi teladan yg baik utk anak2.

* Peranan pemimpin
- Mempersaudarakan masyarakat supaya bersatu.
- Mementingkan masyarakat drpd mementingkan diri sendiri.

Ummah Pertengahan & Ummah Terbaik

* Ummah Pertengahan ( Ummatan Wasata )
- Umat yg adil & memiliki aspek kesederhanaan.
- Bersederhana dlm kehidupan sama ada dunia atau akhirat.
- Ummah Terbaik

- mempunyai kelebihan berbanding umat lain.
- umat yg menyuruh umat manusia melakukan perkara kebaikan.
- umat yg melarang manusia lain melakukan kejahatan/kemungkaran.
- umat Islam adalah umat yg mentauhidkan ALLAH.


SOALAN LATIHAN:

1. Berikan maksud kelua rga.

2. Jelaskan 2 kepentingan berkeluarga.

3. Senaraikan semua rukun nikah.

4. Jelaskan sifat-sifat umat terbaik (khaira ummah)


Rujukan:

1. Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam. Serdang: UPM

2. Mustafa Hj. Daud (1995). Perkahwinan Menurut Islam.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

3. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur: Titiwangsa Sdn Bhd.

4. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2002). Kuala Lumpur: Penerbit UM


"SELAMAT MENJAWAB"




Friday, July 16, 2010

Kelas Ganti

Assalamualaikum w.b.h...

Hari ini Sabtu 17 Julai 2010 adalah kelas ganti iaitu cuti pada 30 Ogos 2010 nanti menggunakan jadual hari Isnin. Kelas yang terlibat ialah STKN 2A, SKED 4A dan SKAF 3A. Harap pelajar-pelajar semua bersemangat walaupun belajar sehingga hari ni. Biasanya masa ini pelajar-pelajar balik kampung ataupun outing.

Tuesday, July 13, 2010

Minggu Ke-2 Pembelajaran

1. Ta'aruf
2. Pengenalan sukatan
3. Sistem pemarkahan

2. Sukatan Pelajaran Semester Satu

a. Pengertian Islam, Iman dan Ihsan

b. Konsep Islam Sebagai al-Din
c. Asas-asas Syariat Islam
d. Maqasid Syariah

e. Tasawwur Islam : Keistimewaan dan ciri

f. Pandangan semesta Islam

g. Konsep Jihad Dalam Islam

h. Islam dan Cabaran Semasa


Sukatan Pelajaran Semester Dua

a. Konsep Peradaban dan Tamadun
b. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam
c. Faktor Kejayaan dan Kemerosotan Tamadun Islam
d. Sumbangan Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang
e. Seni dan Keindahan
f. Islam dan Cabaran Semasa

Sukatan Pelajaran Semester Tiga

a. Kekeluargaan dan Kemasyarakatan
b. Pendidikan
c. Pemerintahan dan Pentadbiran
d. Perundangan
e. Ekonomi dan Kewangan Islam
f. Islam dan Cabaran Semasa

3. Sistem Pemarkahan

a. Ujian 1 - 40%
b. Hafazan - 20%
c. Ujian Akhir - 40%

Ayat hafazan Sem. 1:

a. al-Fatihah
b. al-Nas
c. al-Falaq
d. al-Ikhlas
e. al-Masad
f. al-Nasr
g. al-Kafirun
h. Tahiyyat Akhir - 20%
i. Penilaian sikap

Ayat hafazan Sem 2:

a. al-Fatihah
b. al-Kauthar
c. al-Maun
d. al-Quraisy
e. al-Fiil
f. al-Humazah
g. al-'asr
h. Qunut - 20%
i. Penilaian sikap

Ayat hafazan semester 3 & 4:

a. al-Fatihah
b. al-Takathur
c. al-Zalzalah
d. al-Qadr
e. al-Tin
f. al-Insyirah
g. al-Dhuha
h. Ayat Kursi - 20%
i. Penilaian Sikap

* Hafazan dilakukan semasa kuliah sama ada diawal atau diakhir pertemuan.
Satu surah seminggu akan ditasmi' tiap-tiap seorang pelajar.
Penilaian dikira daripada aspek kelancaran dan tajwid.
Markah diperolehi x 20 dibahagi 100.

* Kelas-kelas yang diajar pada semester ini:

a. SKBN 1A - 16 orang
b. STMP 1B - 14 orang
c. SKLR 1B - 11 orang
d. SKAF 1B - 14 orang
e. STKN 2A - 18 orang
f. STBP 2B - 11 orang
g. STBK 2B - 15 orang
h. SKED 2A - 14 orang
i. STMP 2A - 7 orang
j. STKM 2A - 19 orang
k. SKAF 3A - 16 orang
l. SKED 4A - 16 orang

Kelas PBE:

a. STMP 1B - Minggu 1 & 3
a. STBK 2B - Minggu 2 & 4
b. STMP 2A- Minggu 1 & 3

* SELAMAT BELAJAR, MOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Friday, July 9, 2010

Selamat datang semua pelajar-pelajar IKM Lumut

Assalamualaikum w.b.h...

Hari ini baru nak mula kelas...masuk kelas SKAF 1B dan STKM 2A. Takde masalah..nampak diorang semangat, cuma SKAF 1B ada yang nampak kurang semangat. Mungkin mereka masih baru dan cuba nak sesuaikan diri dengan suasana belajar di sini. Apapun macam biasa..apabila nak belajar kena teruskan juga, kata orang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..Harap semuanya selamat adan cubalah baca tazkirah ini untuk diri kita dan semua pelajar.

Adab-Adab Menuntut Ilmu

Quantcast

Menuntut ilmu adalah satu kewajiban bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Adab-adab dalam menuntut ilmu harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita. Adab-adabnya ialah :

1. Ikhlas karena Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah karena Allah Azza Wa Jalla dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang seumpamanya, maka Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :

“Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu dengan mengharap wajah Allah, tidaklah ia mempelajarinya melainkan untuk memperoleh harta dunia, dia takkan mendapatkan harumnya bau surga di hari kiamat.” [Dekeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hasan]

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan karena ingin mendapatkan dunia, tetapi karena sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini – insya Allah – termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.

Semua manusia pada mulanya adalah tidak tahu. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilangkan kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk di masjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfaat pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)

Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.

Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at. Karena kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid’ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur’an dan Alb-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.

Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf 1). Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.

Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita -berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan hadis tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadis itu adalah sahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadis tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu ‘Alam.

———------------

1) Pendapat ini perlu ditinjau lebih lanjut karena telah ada perbedaan pendapat tentang masalah “Apakah Allah dapat di lihat di dunia? ” Ini adalah masalah Aqidah, dan beberapa perbedaan pendapat lain.

—————————

Dikutip dari ” Kitabul ilmi” Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin
(Abu Luthfi) http://van.9f.com/adab_menuntut_ilmu.htm


Tuesday, July 6, 2010

Gambar Staf

Ustaz Mohamad B. Che Ghani

Ustaz Mohd Riadz Bin Hj. Hasan

Ustaz Abdul Razak B. Hj. Muhyiddin
Ustaz Farizan Bin Abdul Hadi

Ustazah Kamelah Binti Abdullah

Ustazah Norazlina Binti Mohd Nasir









Maklumat Unit Pendidikan Islam






Matlamat Pengajian Islam

a. Membentuk kehidupan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi insan muslim yang berilmu, berketrampilan dan berperibadi mulia yang menggambarkan insan soleh.

Falsafah :

a. Suatu usaha yang berterusan bagi membentuk sikap, keperibadian dan pandangan hidup berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi mencapai kecemerlangan hidup dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Silibus :

a. E/TUS 1051 - Konsep-konsep Asas
b. E/TUS 2151 - Islam Sebagai Peradaban dan Tamadun
c. E/TUS 3251/4251 Institusi Islam
d. E/TUS 4351/6351 Akhlak dan Pemikiran Islam

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :

"Memudahkan,Tidak Menyukarkan", "Menggembirakan, Tidak Meliarkan"

Aktiviti Unit Pendidikan Islam:

a. Ujian Kecenderungan Fardhu Ain (untuk pelajar baru)
b. Kursus Pra Perkahwinan Islam (semua pelajar semester 3, 4 & 6)
c. Kem Tahsin al-Solat dan Pengurusan Jenazah (semua pelajar semester Dua)
d. Ko-Kurikulum Persatuan Pendidikan Islam (pelajar terpilih daripada semester satu & dua)
e. Majlis Bacaan Yasin Perdana (untuk staf dan semua pelajar)
f. Nadwah Islamiyyah Semalaysia (pelajar terpilih daripada semester dua)
g.Tazkirah dan Bacaan Yasin pagi Jumaat (semua staf )
h. Kuliah Maghrib Surau al-Makmur (semua pelajar aspura dan aspuri)
i. Ihya' Ramadhan (surau al-Makmur, kerjasama dengan Pejabat Belia Daerah Manjung)
j. Festival Nasyid Remaja (kerjasama dengan Perkim di Masjid Seri Bayu)
k.Musabaqah IKM/KKTM Semalaysia (masjid Nurul Hidayah, Seri Manjung)
l. Program Mentor-Mentee
m.Program Korban (Raya Haji)