Monday, March 5, 2012

Minggu 10

Assalamualaikum W.B.H

Selamat menghadapi ujian satu kepada semua pelajar sem. 1, 2, 3, 4 & 6 IKM Lumut. Ustazah doakan moga semuanya berjaya...dapat jawab dengan baik. Hafazan jangan lupa..selesaikan segera.
Lepas ni ada lagi program Tahsinus solat, pengurusan jenazah, kursus pra perkahwinan, sembelihan dan macam-macam lagi.

Thursday, February 24, 2011

MINGGU 8/2011

Assalamualaikum w.b.h....
Lama benar rasanya tak buka blog ni, sudah 2 bulan..apa-apa pun pembelajaran telah berjalan selama 8 minggu, ada kelas masih ketinggalan iaitu jadual hari jumaat...saya sudah berpesan kepada mereka agar baca pelajaran..buka panduan ada..

a. SKBN 1A - 12 orang
b. SKLR 1A - 10 orang
c. SKED 1A - 15 orang
d. STMP 1A - 13 orang
e. STKN 2A - 19 orang
f. STBP 2A - 18 orang
g. STBP 2B - 17 orang
h. STMP 2A - 13 orang
i. SKED 2A - 15 orang
j. PKM 2 - 8 orang
k. SKAF 3A - 18 orang
l. SKED 4A - 14 orang
_______
172 orang sesi Jan-Jun 2011
________

Program terdekat:

a. Festival Nasyid Remaja Islam (Perkim) (26.2.2011)
b. Mesyuarat Agong PIBG Sek. Men. Seri Iskandar (26.2.2011)
c. Mesyuarat Agong Keperasi IKM Berhad (26.2.2011)
d. Kelas Fardhu Ain Saudara Kita di Masjid Manjung (26 & 27.2.2011)
e. Kursus Haji Siri 1 - 27.2.2011 (Ahad)

Wednesday, December 1, 2010

Harapan Seorang Guru (hayatilah)

UDARA DAN NADI

ANAK DIDIKKU,
USAH LAGI KAU ANGGAP
DIRI INI LILIN
YANG MEMBAKAR DIRI
MENERANGI KEGELAPAN DUNIA ILMUMU....
KERANA LILIN ITU,
NYALANYA SEKETIKA
AKAN TERPADAM JIKA DIHEMBUS BAYU..
AKAN HILANG CAHAYA...
JIKA KEHABISAN SUMBU...

ANAK DIDIKKU
USAH LAGI KAU ANGGAP
DIRI INI JAMBATAN ILMU....
KERANA KU TAKUT NANTI
ANDAI KAU ANGGAP...
DESTINASI HIDUP TELAH KAU TEMUI
KAU ROBOHKAN JAMBATAN ITU...
DAN.........
ANDAI DESTINASI ITU...PINCANG BUATMU...
SIA-SIALAH BIMBINGAN ITU.....

ANAK DIDIKKU
ANGGAPLAH DIRI INI UDARA..
TIUPAN PENGGERAK DUNIA ILMUMU
AGAR JALAN KEJAYAANMU...
WALAU BERLIKU....LANGKAH TETAP DITEMANI..
NAFAS ILMU....

ANAK DIDIKKU...
ANGGAPLAH DIRI INI NADI...
SETIAP DETIK
PERLU BERSAMAMU...
PENENTU HAYAT KECEMERLANGAN LANGKAHMU....
SETIAP SAAT...
ADALAH PELUANG KEJAYAAN
MENCAPAI CITA-CITA YANG MENGGUNUNG......

WAHAI ANAK DIDIKKU....
JIKA KAU ANGGAP AKU SEORANG GURU
PERCAYALAH....
UDARA DAN NADI INI..PERLU KAU HARGAI
SEHINGGA AKHIR HAYATMU.....

Pn. Anar,
Sek.Men.Tanjung Puteri Resort
15 mei 2009

Nukilan ini dihasilkan sempena Sambutan Hari Guru...
Lawatan 5S IKM Lumut

Doa Masuk Periksa

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya, usaha, doa, tawakal.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih".


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'

dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


Semoga jiwa kita akan tenang dan dibukankan pintu hati...amin ya Rabbal A'lamin

Monday, November 22, 2010

MINGGU 21

Assalamualaikum w.b.h

Lama dah rasanya tak belek-belek blog ni..busy sangat dengan p & P dan aktiviti semasa, 5S, perancangan untuk musabaqah, EIMARace dan lain-lain lagi..pada minggu ini pelajar-pelajar akan menghadapi peperiksaan akhir semester...harap mereka dapat menjawab dengan baik dan terbuka fikiran.

Sebelum masuk exam bacalah banyak-banyak doa belajar yang selalu diamalkan..semoga Allah S.W.T menerangi jiwa kita semua dan memberikan ketenangan. Insya Allah.

Selamat berjaya..yang belum selesai tugasan tu jangan lupa..settlekan segera supaya dapat lulus exam. Jangan lupa ya.


Monday, August 9, 2010

Minggu 6

Assalamualaikum w.b.h...

Hari Selasa (10 Ogos 2010) kena pergi MRSM Pasir Salak untuk isi data peribadi, isytihar harta dll lagi dalam HRMIS, agak susah, lambatnya server, ramai ....nak isi...hang.....sekaligus nak isi dan send...kelas SKBN 1A kena tunda nampaknya..buat latihan pengukuhan ya, pelajar-pelajar..

Latihan pengukuhan tajuk 1: Islam, Iman dan Ihsan

1. Jelaskan pengertian Islam menurut bahasa dan istilah.

2. Senaraikan semua rukun Islam dan rukun Iman.